BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Unit Go Hub Peroleh Kontrak Selenggara Sistem Tiket Ktmb Bernilai RM64.79 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Go Hub Capital Bhd, NSS IT Solution Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenang Capital Bhd (TCB) bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan untuk Sistem Tiket Bersepadu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM64.79 juta. 

TCB adalah anak syarikat milik penuh KTMB.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menjelaskan bahawa kontrak itu adalah bagi tempoh lima tahun, bermula pada 1 Oktober 2026 dan tamat pada 30 September 2031. 

Ad Banner

Menurut syarikat tersebut, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat serta anak syarikatnya sepanjang tempoh kontrak. 

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner