BERITA TERKINI   Pelabuhan Klang kekal sebagai pelabuhan kontena ke-10 paling sibuk di dunia dalam ranking Lloyd’s List One Hundred Container Ports 2026, Pelabuhan Johor pada tempat ke-11 - Loke | Budaya syura dan adab perlu diperkukuh dalam keluarga, institusi pendidikan, organisasi, masjid dan pentadbiran - Sultan Nazrin Shah | Semua kelulusan bagi lesen dan permit bunkering akan dikendalikan oleh MOT mulai 1 Feb 2027 - Loke | Malaysia catat perdagangan barangan bernilai RM3.061 trilion pada 2025, menjana lebihan dagangan RM151.8 bilion - Loke | Kira-kira 87,000 pesakit berdaftar di bawah program Ubat Melalui Pos dijangka nikmati penghantaran ubat percuma mulai 1 Okt ini - Fahmi | 

Terdapat 395 berita berdasarkan kata kunci carian " as "

Bursa Malaysia Ditutup Mendatar Susulan Kebimbangan Terhadap Hasil Bon AS, Ketegangan Asia Barat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup mendatar pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Walaupun Fed Dijangka Naikkan Kadar Faedah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun AS dijangka menaikkan kadar faedah utamanya selepas ini.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Dipacu Oleh Data Ekonomi AS Yang Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, dengan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif dan prospek automotif AS yang menggalakkan menyokong sentimen pasaran, di tengah-tengah niaga hadapan serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Hasil MGS Dijangka Kekal Stabil Menjelang Makluman Data Penting Minggu Depan -- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) secara amnya kekal stabil dan mencatat pergerakan dalam julat kecil menjelang pengumuman data ekonomi penting pada minggu depan.

Projek Kelulut SejaTi MADANI Jana Jualan RM19,108, Manfaatkan Komuniti Kampung Air Merah

Oleh Nur Faradilla Mohamad

MERSING, 25 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Program SejaTi MADANI memberi impak langsung kepada ekonomi komuniti Kampung Air Merah di sini apabila projek ternakan lebah kelulut yang disertai 13 peserta daripada golongan B40 dan asnaf berjaya menjana hasil jualan RM19,108 dalam tempoh lebih setahun.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, dalam pergerakan bercampur-campur dalam pasaran pertukaran asing global. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Dolar AS Yang Lebih Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada logam berharga itu.

China, Malaysia Setuju Cadangan Laluan Projek ECRL Dilanjut Ke Rantau Panjang - PM Anwar

Daripada Harlina Samson

HANGZHOU, 24 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan China bersetuju dengan cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang, Kelantan. 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Kecuali Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama pada akhir urus niaga hari ini namun susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi negara maju itu yang positif hanya meningkatkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah utama AS.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenyataan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong mata wang negara itu.