BERITA TERKINI   PRN Melaka: BN menang 15 kerusi setakat 9.40 malam, perolehi majoriti mudah bentuk kerajaan - Pengerusi SPR | PRN Melaka: Calon PH Low Chee Leong pertahan kerusi DUN Kota Laksamana - SPR | PRN Melaka: Calon BN Mohd Ridhwan Mohd Ali menang kerusi DUN Ayer Molek - SPR | PRN Melaka: Calon BN Ngwe Hee Sem pertahan kerusi DUN Machap Jaya - SPR | PRN Melaka: Calon BN Ngwe Hee Sem pertahan kerusi DUN Machap Jaya | 

Terdapat 108 berita berdasarkan kata kunci carian " perindustrian"

Bursa Malaysia Rendah Pada Dagangan Awal Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang terus berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman.

ECRL Buka Dimensi Baharu Pengangkutan Rel Negara, Bawa Limpahan Manfaat Ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jualan Saham Perbankan Jejaskan Sentimen

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan penurunannya dan ditutup rendah pada Rabu apabila jualan berterusan dalam saham perbankan berwajaran tinggi telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

Kilang FIZ RM488 Juta Di Senai Dijangka Siap Suku Pertama 2027

JOHOR BAHRU, 11 Nov (Bernama) – Kilang Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Malaysia milik EPG, Pusat Data Modular EPG yang bernilai kira-kira RM488 juta di Senai Airport City (SAC) dijangka siap menjelang suku pertama 2027.

Kesediaan Grid Nasional Penting, Jamin Kestabilan Ekonomi Malaysia - Ketua Pegawai Eksekutif TNB

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penekanan utama kepada usaha memperkukuh grid nasional kerana menyedari bahawa kesediaan grid penting bagi menjamin kestabilan ekonomi Malaysia serta memenuhi matlamat tenaga dan perindustrian negara.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Kebimbangan Terhadap Inflasi AS Pengaruhi Sentimen Pasaran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street, Amerika Syarikat (AS), selepas data inflasi AS pada Oktober meningkatkan kebimbangan terhadap tekanan inflasi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa dengan indeks utama hanya berada di atas sedikit daripada paras 1,600, apabila jualan dalam saham wajaran tinggi berkaitan sektor perbankan dan pusat data telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

IPP Malaysia Meningkat 6.3 Peratus Tahun Ke Tahun Pada September – DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 6.3 peratus dipacu terutamanya oleh output sektor pembuatan yang merekodkan nilai jualan berjumlah RM191.4 bilion.

Kos Pinjaman Tinggi, Kelulusan Ketat Akan Jadi Cabaran Utama Pasaran Hartanah Pada 2027 – JLL Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kos tinggi pinjaman serta kelulusan yang lebih ketat dijangka memberi tekanan kepada pasaran hartanah kediaman di Malaysia pada 2027, memandangkan bank akan lebih berpilih dalam membiayai pembelian hartanah, demikian menurut JLL Malaysia.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan pada tengah hari Selasa walaupun terdapat sentimen positif dalam kalangan pasaran serantau.

Malaysia Antara Tiga Pasaran Asia Catat Aliran Masuk Bersih Asing, Tarik US$381.3 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak US$381.3 juta (US$1=RM4.05), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).