5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi usaha sama (JV) pada nisbah 80:20 dengan Feng Shun Construction Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan memperoleh kontrak bernilai NT$21.02 bilion (kira-kira RM2.61 bilion) bagi melaksanakan kerja reka bentuk dan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Bawah Tanah Keelung di Taiwan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Samaiden Group Bhd (Samaiden) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Parkland Renewable Energy Sdn Bhd (Parkland) untuk mengadakan kerjasama meneroka projek tenaga boleh baharu (TBB) dengan jumlah kapasiti terpasang sehingga 1,000 megawatts arus ulang alik (MWac) di Semenanjung Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menerbitkan siri ke-14 sukuk senior di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion, dengan nilai nominal keseluruhan RM460 juta menerusi dua tranche.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia sedang melakukan penyesuaian terhadap ketidaktentuan dan gangguan dalam perdagangan, dengan 88 peratus daripadanya mengakui langkah yang dilaksanakan itu adalah berkesan, menurut Tinjauan Global Trade Pulse 2026 oleh HSBC Malaysia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 30 September 2026, iaitu meningkat 30 peratus berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang mewujudkan koridor ekonomi baharu di Wang Kelian, sebaliknya akan memperkukuh kerangka Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) yang kini dalam proses pemuktamadan, menurut Kementerian Ekonomi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Projek kediaman KEB Bhd iaitu Residensi Cove di Melaka dan Residensi Palma Elit di Kajang, Selangor dijangka siap tahun depan, kira-kira setahun lebih awal daripada jadual asal, kata Pengarah Eksekutifnya Vinson Lim.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan Program Sukuk Kelima MRL bernilai RM19.05 bilion bagi menyokong pembiayaan pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) untuk meneroka potensi usaha sama dalam pembekalan tenaga boleh baharu (RE) dan air kitar semula kepada bakal pengambil alih dalam taman perniagaan bersepadu yang dibangunkan di bawah jenama EcoWorld.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- MBSB Bank melanjutkan kempen promosi bagi produk Deposit Bertempoh-i (TD-i) dan Akaun Pelaburan Bertempoh-i (TIA-i) sehingga 30 Nov, 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2026 dan RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2026 di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan utama untuk sektor bernilai tinggi, disokong oleh pengembangan dalam ekonomi digital dan keupayaan teknologinya selain usaha berterusan bagi mengukuhkan daya saingnya.