BERITA TERKINI   Malaysia dan Perancis setuju tingkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik - Macron | Malaysia dan Perancis akan melancarkan pusat bersama bagi menangani ancaman hibrid - Macron | Malaysia dan Perancis jalin kerjasama dalam bidang pemprosesan mineral kritikal, pemindahan teknologi - Anwar | Anwar puji Macron kerana ambil kira kebimbangan Malaysia serta mengiktiraf negara ini sebagai rakan kongsi setara | Malaysia, Perancis akan rangka pelan hala tuju kerjasama industri pertahanan – Macron | 

EcoWorld, PDT Teroka Kerjasama Bekal Utiliti Mesra Alam Di Johor

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) untuk meneroka potensi usaha sama dalam pembekalan tenaga boleh baharu (RE) dan air kitar semula kepada bakal pengambil alih dalam taman perniagaan bersepadu yang dibangunkan di bawah jenama EcoWorld.

PDT merupakan cabang pelaburan strategik kerajaan negeri Johor dan agensi pelaksana bagi Dasar Pembangunan Hijau Johor 2030 yang ditugaskan untuk menerajui pembekalan utiliti hijau di dalam negeri itu.

Pemaju hartanah itu melalui satu kenyataan berkata di bawah perjanjian itu, PDT akan memudahkan penyediaan utiliti hijau melalui anak syarikatnya, PDT Energy Sdn Bhd dan Johor Special Water Sdn Bhd, kepada pelanggan industri serta pusat data EcoWorld sebagai tawaran bersepadu.

Ad Banner
Ad Banner

 

Pengaturan itu tertakluk kepada penetapan harga dan terma komersial yang akan ditentukan di bawah perjanjian pembekalan muktamad.

Sementara itu, EcoWorld akan mempromosikan utiliti hijau yang ditawarkan oleh sekutu PDT kepada rangkaian pengguna hijaunya, sambil menyediakan pembekal utiliti dengan maklumat yang berkaitan, termasuk profil beban yang dijangkakan, unjuran permintaan dan garis masa untuk setiap pengambil alih, tertakluk kepada persetujuan jika diperlukan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kerjasama sektor awam-swasta ini direka untuk meningkatkan lagi daya saing Johor sebagai destinasi pelaburan teratas bagi aliran masuk pelaburan langsung asing.

“Kelebihan Malaysia yang wujud dalam kestabilan dasar dan keadaan pelaburan yang kondusif, digabungkan dengan insentif ekonomi yang disasarkan, peraturan yang diperkemas serta ketersambungan rentas sempadan yang ada di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), terus menarik peserta global ke negeri ini,” kata EcoWorld.

Perjanjian itu juga menyokong usaha negeri untuk memacu pelaburan hijau termasuk penggunaan teknologi dengan menyelaraskan bekalan utiliti hijau dengan unjuran permintaan, sambil menggalakkan industri meningkatkan kecekapan tenaga dan mengoptimumkan penggunaan sumber air.

“Bersama-sama, usaha ini akan membantu mengekalkan momentum Johor dalam pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi, sambil memastikan projek perindustrian EcoWorld terus disokong oleh utiliti yang boleh dipercayai, cekap dan mampan,” tambahnya lagi.

-- BERNAMA