Terdapat 227 berita berdasarkan kata kunci carian " turun"

Niaga Hadapan MSM Rendah, Eksport Lemah Tekan Pasaran

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, tertekan oleh anggaran eksport minyak sawit yang lebih lemah walaupun harga minyak mentah meningkat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketegangan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki niaga hadapan getah serantau dan pengeluaran getah asli domestik, kata seorang peniaga.

Indeks Kos Bahan Binaan Di Semenanjung Turun, Melonjak Di Sabah Dan Sarawak Pada Ogos

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Indeks Kos Binaan (IKB) dengan bar keluli menurun antara 0.1 peratus dan 1.1 peratus mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia pada Ogos 2026 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Seiring Prestasi Suram Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang secara keseluruhannya lemah semalaman susulan kenaikan harga minyak mentah dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Ringgit Kekal Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS ketika dagangan dibuka pada Khamis dan para pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP)  Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat.

Cadangan Ambil Alih Pegangan MYEG Ventures Berdaya Maju Komersial -- Zetrix AI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini menyifatkan cadangan entiti korporat berpangkalan di Filipina, IPVG Employees Inc untuk mengambil alih 50 peratus kepentingan ekuiti dalam MYEG Ventures Inc sebagai berdaya maju secara komersial.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung apabila pasaran kehilangan momentum, kata seorang pakar industri.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati di tengah-tengah prospek tidak menentu di Asia Barat, kata seorang ahli ekonomi.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Rabu.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Peningkatan Konflik Di Asia Barat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Rabu di tengah-tengah sentimen berhati-hati pelabur berikutan peningkatan ketegangan di Asia Barat yang menyaksikan minyak mentah Brent melonjak melepasi paras US$100 setong, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya saham perbankan.