Niaga Hadapan KLCI Ditutup Bercampur-campur
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Rabu.
Kontrak September 2026 meningkat 10.5 mata kepada 1,681.5 mata, kontrak Oktober 2026 tidak berubah pada 1,680.5 mata, manakala kontrak Disember 2026 menokok 5.0 mata kepada 1,686.0 mata.
Sebaliknya, kontrak Mac 2027 susut 15 mata kepada 1,671.0 mata.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,414 lot daripada 6,573 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 44,138 kontrak berbanding 44,267 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.06 mata, atau 0.003 peratus, kepada 1,714.34 mata berbanding 1,714.40 mata pada penutupan Selasa.
-- BERNAMA