BERITA TERKINI   Piala FA: Selangor FC 2-1 Sabah FC (aggregat 4-3) | Piala FA: KL City FC 0-0 Perak FA (agregat 1-0) | Piala FA: DPMM 2-3 Terengganu FC | UMNO sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama - Mohamad | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya saham perbankan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.23 mata atau 0.07 peratus kepada 1,713.17 daripada 1,714.40 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.06 mata kepada 1,715.46 dan bergerak antara 1,711.17 dan 1,718.52 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Pasaran lebih luas adalah negatif dengan 486 kaunter rugi mengatasi 464 kaunter untung manakala 525 kaunter tidak berubah, 1,334 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.16 bilion unit bernilai RM1.57 bilion.

Seorang penganalisis berkata pelabur kekal berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat dan harga minyak mentah menghampiri US$100 setong, meningkatkan kebimbangan mengenai inflasi dan prospek kadar faedah.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, beliau berkata penjualan saham wajaran tinggi terpilih diimbangi oleh keuntungan dalam beberapa saham teknologi dan berkaitan minyak.

Prestasi Wall Street semalaman yang lebih lemah juga mewujudkan latar belakang negatif untuk kebanyakan pasaran serantau.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 2.0 sen kepada RM10.52, Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.99, CIMB merosot 9.0 sen kepada RM7.89, Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM13.86, bagaimanapun IHH Healthcare menambah 5.0 sen kepada RM7.89.

Bagi saham paling aktif,  Zetrix AI menguncup 2.5 sen kepada 28 sen; Zen Tech tidak berubah pada 0.5 sen, NexG naik 2.5 sen kepada 29.5 sen, GTA Holdings merosot 3.5 sen kepada 30 sen, manakala Jaks Resources kekal tidak berubah pada 12 sen.

Antara saham paling untung, MPI naik RM1.12 sen kepada RM40.94, Petronas Dagangan menokok 38 sen kepada RM20.30, UMS Integration menambah 22 sen kepada RM8.36, manakala Malayan Cement dan UWC melonjak 21 sen masing-masing kepada RM5.73 dan RM6.73.

Bagi saham paling rugi, Nestle susut 86 sen kepada RM93.30, F&N merosot 32 sen kepada RM24.22, Hong Leong Financial dan Hong Leong Industries susut 24 sen masing-masing kepada RM18.74 dan RM16.82, manakala United Plantations berkurangan 20 sen kepada RM33.10.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 52.93 mata kepada 17,879.84, Indeks FBM ACE meningkat 23.75 mata kepada 5,295.98, Indeks FBM Emas menokok 5.48 mata kepada 12,676.52, Indeks FBMT 100 menambah 2.60 mata kepada 12,476.29, dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 38.22 mata kepada 12,489.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 96.53 mata kepada 20,050.94, Indeks Perladangan rendah 56.51 mata kepada 9,420.12, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.51 mata kepada 187.93 dan Indeks Tenaga meningkat 1.06 mata kepada 819.93.

-- BERNAMA