1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, dengan kontrak terdekat melonjak melepasi RM4,750 setan metrik susulan kenaikan harga minyak mentah berikutan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa berikutan kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027, masing-masing sebanyak RM50 satu tan kepada RM4,450 satu tan dan RM4,550 satu tan berikutan risiko bekalan yang meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada Selasa, manakala dolar AS mengukuh berikutan harga minyak mentah yang kekal tinggi susulan pembukaan semula Selat Hormuz.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan kenaikan pada minggu depan, disokong oleh harga emas semerta yang lebih kukuh dan diunjurkan mencecah antara US$4,250 hingga US$4,350 setiap auns troy selain menjejaki prestasi emas di Bursa Komoditi (Comex) Amerika Syarikat (AS).