BERITA TERKINI   Kerajaan berhasrat tambah peruntukan untuk usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | Piala ASEAN FIFA: Bangladesh 0-3 Malaysia | Pengarah filem terkenal Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia pada usia 103 tahun di Chiang Mai pada Khamis: keluarga | SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | Tokoh perfileman negara Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia semalam di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun - KPE FINAS | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa berikutan kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif dan hasrat China untuk mengukuhkan sokongan kewangan bagi penggunaan domestik.

Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya tersekat disebabkan harapan yang semakin pudar untuk mencapai perjanjian bagi membuka semula Selat Hormuz dan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kegagalan untuk mencapai perjanjian bagi membuka semula Selat Hormuz turut mendorong kenaikan harga minyak global pada Selasa.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent melonjak 2.54 peratus kepada US$89.95 setong. 

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat enam sen kepada 910 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 1.5 sen kepada 692.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA