3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
3bulan ago
KUALA TERENGGANU, 26 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal ‘Semak Kasih’ hari ini bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih boleh dituntut.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB) menerima surat lantikan daripada Golden Armani Sdn Bhd (GASB) untuk melaksanakan kerja-kerja struktur atas bagi kontrak berjumlah RM135 juta.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).
3bulan ago
MELAKA, 26 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti isu berkaitan elaun pelaburan semula (RA) dan akan membawanya kepada perhatian Kementerian Kewangan (MOF) susulan gesaan komuniti perniagaan untuk penambahbaikan insentif bagi menggalakkan pelaburan semula syarikat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Enest Group Bhd (Enest) yang disenaraikan di Pasaran LEAP menyasarkan untuk mengumpul RM15.11 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebagai sebahagian daripada pemindahannya ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Zenix Aerospace Upeca terus memperkukuh keupayaan pembuatan, pendigitalan dan pembangunan modal insan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai aeroangkasa global serta memacu pertumbuhan industri yang mampan.
3bulan ago
SERDANG, 26 Jun (Bernama) -- Pengeluar pesawat ringan Malaysia, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd telah menerima tempahan terkumpul sebanyak 50 unit pesawat ringan bernilai US$85 juta (RM357 juta) daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong, Consortium Wholechoice.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat, sejajar dengan kenaikan pasaran tunai.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Jumaat dengan dibuka tinggi sedikit, disokong aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam kaunter telekomunikasi dan pengangkutan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan mengukuhkan mata wang negara itu.