BERITA TERKINI   PRN Johor: Pastikan budaya berkempen dilaksanakan secara sihat berasaskan fakta, bukannya fitnah - Fahmi | HBH: Penjawat awam boleh bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif, tiga hari di pejabat tertakluk kepada keperluan perkhidmatan - JPA | Hari Bekerja Hibrid inisiatif baharu pengaturan kerja lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa kurangkan waktu bekerja - JPA | Jemaah Menteri bersetuju pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 1 Ogos ini - JPA  | Pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentang dalam sidang Parlimen kali ini - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Meningkat Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak bulan semasa Jun 2026 dan Julai 2026 naik 2.5 mata kepada 1,666.0 dan 1,669.50 manakala September 2026 meraih 2.0 mata kepada 1,650.0 dan Disember 2026 menokok 3.0 mata kepada 1,653.0.

Selain itu, jumlah dagangan meningkat kepada 60,218 lot berbanding 52,319 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 93,884 kontrak daripada 84,593 kontrak semalam.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meraih 0.24 peratus atau 3.92 mata kepada 1,667.74 daripada 1,663.82 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA


 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner