1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, didorong oleh tekanan jualan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terutama dalam sektor perladangan, perkhidmatan kewangan dan utiliti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- SJEE Engineering Sdn Bhd, anak syarikat 51 peratus milik Southern Score Builders Bhd memperoleh kontrak kerja subkontrak bernilai RM105 juta dalam projek pusat data di Puncak Alam, Selangor.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu, didorong minat belian terhadap saham utiliti dan petrokimia susulan harga minyak mentah yang kekal tinggi.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong pembelian saham semasa harga rendah berikutan penurunan semalam dan minat belian terhadap saham berwajaran tinggi walaupun sentimen berhati-hati timbil akibat prestasi lemah Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Perbincangan mengenai pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilakukan secara adil memandangkan setiap pelaburan institusi itu mempunyai risiko dan tidak semua kerugian yang dialami berpunca daripada salah laku, kata Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerangka Penyenaraian Dwi tawaran awam permulaan (IPO) yang dimudahcara antara Malaysia dan Hong Kong akan berkuat kuasa pada September 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan pasaran modal antara kedua-dua ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Isnin apabila para pelabur kebanyakannya tidak memasuki pasaran serta mengambil pendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan perkembangan geopolitik.
1bulan ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Masakan Jepun, dipacu permintaan terhadap produk makanan halal dan pendapatan pengguna yang meningkat, dijangka terus merangsang eksport produk pertanian dan makanan laut Jepun ke Malaysia, kata Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur Koichi Takano.