13hari ago
Daripada M. Saraswathi
NEW DELHI, 11 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan oleh Perdana Menteri India Narendra Modi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- PTT Synergy Group Bhd (PTT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, PTT Logistics Hub 3 Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Lee Mooi Khean bagi memperoleh tanah pegangan bebas di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, bernilai RM62.53 juta.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Vestland Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB), meraih kontrak daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan bernilai RM410 juta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Mondelēz International merasmikan Crumb Tower bernilai RM90 juta yang kini siap sepenuhnya di kilang Cadbury Confectionery, Shah Alam, Selangor.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Insurans kaptif semakin mendapat pengiktirafan sebagai penyelesaian pembiayaan risiko yang strategik berikutan perniagaan berusaha memperkukuh daya tahan, meningkatkan kawalan terhadap pembiayaan risiko serta menangani risiko baharu, menurut Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd (Labuan IBFC).
13hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meraih kelebihan sebagai peneraju awal dalam gelombang kedua pembangunan infrastruktur pengkomputeran hiperskala dan kecerdasan buatan (AI) di ASEAN.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Lebuhraya bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) sepanjang 8.2 kilometer yang dicadangkan dianggarkan menelan belanja RM1.75 bilion, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, dan tempoh pembinaan selama empat tahun, menurut Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd melantik Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar sebagai Pengarah Eksekutif dan Timbalan Pengerusinya, berkuat kuasa hari ini.
14hari ago
Daripada Saraswathi Muniappan
NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi serta Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 pada hujung minggu ini di New Delhi.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 adalah sebanyak RM437.8 bilion.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd, menerusi dua anak syarikat milik penuhnya, akan memperoleh 28 bidang tanah pegangan bebas berkeluasan 71.4 hektar di Pontian, Johor, dengan nilai keseluruhan RM199.84 juta.