BERITA TERKINI   PM Anwar akan adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Narendra Modi semasa lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS 2026 di New Delhi, India - Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia | 

Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.

PGB yang tidak menamakan pengendali pusat data itu memaklumkan kerja-kerja berkenaan dijangka siap pada suku keempat 2026.

"Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham oleh pemegang saham utama PGB memandangkan LoA berkenaan tidak melibatkan sebarang terbitan saham baharu," menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ad Banner

Ahli lembaga pengarah menjangkakan LoA berkenaan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan.

PGB menambah tiada pengarah, pemegang saham utama atau mana-mana individu yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam LoA berkenaan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner