BERITA TERKINI   Penghantaran ubat melalui pos secara percuma bermula 1 Okt ini kepada pesakit yang membuat permohonan - Fahmi | Lebih 86 peratus pesakit di Perlis bertemu doktor dalam tempoh kurang 60 minit menerusi projek rintis EMR di bawah PERSADA - Fahmi | Kes kematian pelajar tingkatan dua disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Ketua Polis N. Sembilan | Seorang pelajar ditahan bantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam- Fadhlina | Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan agar perbezaan parti tak halang capai kesepakatan - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 774 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan berterusan di kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi selaras dengan prestasi serantau yang lemah dalam lonjakan harga minyak berikutan ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan berterusan di Wall Street didorong oleh konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berpanjangan dan harga minyak mentah yang tinggi memberi impak kepada sentimen, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Kos Lebuhraya Bertingkat BSE Dianggarkan RM1.75 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Lebuhraya bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) sepanjang 8.2 kilometer yang dicadangkan dianggarkan menelan belanja RM1.75 bilion, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan, dan tempoh pembinaan selama empat tahun, menurut Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital).

Paragon Globe Raih Kontrak Pusat Data Bernilai RM45.16 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB), melalui anak syarikat milik penuhnya, PGBG Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LoA) bagi menyediakan kerja-kerja tanah dan dinding penahan untuk pembangunan pusat data di Johor yang bernilai RM45.16 juta.

Techna-X Lantik Tunku Kamariah Sebagai Timbalan Pengerusi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd melantik Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar sebagai Pengarah Eksekutif dan Timbalan Pengerusinya, berkuat kuasa hari ini. 

Niaga Hadapan MSM Rendah, Eksport Lemah Tekan Pasaran

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, tertekan oleh anggaran eksport minyak sawit yang lebih lemah walaupun harga minyak mentah meningkat.

Untung Bersih Bermaz Auto Suku Pertama Melonjak Kepada RM40.51 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Sept  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis walaupun pasaran tunai mencatat prestasi yang lebih lemah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, susulan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).

AME Elite Peroleh 71.4 Hektar Tanah Di Johor Berharga RM199.84 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- AME Elite Consortium Bhd, menerusi dua anak syarikat milik penuhnya, akan memperoleh 28 bidang tanah pegangan bebas berkeluasan 71.4 hektar di Pontian, Johor, dengan nilai keseluruhan RM199.84 juta.

Alam Maritim Beroperasi Seperti Biasa, CEO Berdepan Dakwaan Tipu Kadar Sewaan Kapal

KUALA LUMPUR, 10 Sept (BERNAMA) -- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd, Datuk Azmi Ahmad diarahkan bercuti, sementara syarikat itu memberi jaminan ia beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.