BERITA TERKINI   UEM Sunrise dan AME Elite Consortium bentuk usaha sama untuk bangun taman perindustrian bernilai RM4.0 bilion di Gerbang Nusajaya. | Liga Super: DPMM FC 3-1 Negeri Sembilan FC | Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | 

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Dalam Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.44 mata, atau 0.28 peratus, kepada 1,615.60 daripada paras 1,611.16 pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.70 mata kepada 1,611.86 dan bergerak antara paras 1,606.72 hingga 1,620.76 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhannya negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 648 berbanding 430, manakala 501 kaunter tidak berubah, 1,201 kaunter tidak diniagakan, dan 66 kaunter digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.15 bilion unit bernilai RM2.68 bilion daripada 2.95 bilion unit bernilai RM2.43 bilion pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau menunjukkan prestasi bercampur-campur, dengan pasaran Jepun dan Korea Selatan mencatatkan penurunan di tengah-tengah kebimbangan baharu berhubung pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, pasaran Hong Kong mencatatkan lantunan semula susulan aktiviti membeli saham pada harga rendah dalam kaunter teknologi terpilih.

“Sementara itu harga minyak mentah Brent meningkat melepasi paras US$116 setong susulan gangguan bekalan yang kembali berlaku di Asia Barat, sekali gus mengekalkan risiko inflasi.

“Di pasaran tempatan para pelabur terus memantau perkembangan pendapatan korporat, lonjakan harga minyak mentah serta ketidakpastian luaran,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB meningkat dua sen masing-masing kepada RM10.02, RM4.75 dan RM6.91, manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare kekal tidak berubah, masing-masing pada RM13.30 dan RM7.85.

Dalam kalangan saham aktif, Zetrix AI susut 1.5 sen kepada 6.5 sen, GIIB Holdings turun 18 sen kepada 36 sen, JAKS Resources berkurangan setengah sen kepada 14.5 sen, Ni Hsin menyusut 11 sen kepada 26 sen, manakala MAG kekal tidak berubah pada 15.5 sen.

Dalam kalangan saham paling untung, Kuala Lumpur Kepong mendahului senarai mencatatkan kenaikan 44 sen kepada RM20.96, Ayer Holdings menambah 35 sen kepada RM8.10, APM Automotive Holdings naik 25 sen kepada RM2.60, United Plantations meningkat 22 sen kepada RM29.22 dan Petronas Dagangan menokok 16 sen kepada RM19.50.

Dalam kalangan saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut RM1.72 kepada RM39.78, Mega Fortris turun 52 sen kepada RM2.22, UWC menyusut 49 sen kepada RM7.15, MI Technovation berkurangan 33 sen kepada RM6.53, manakala Hong Leong Bank susut 26 sen kepada RM21.14.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 susut 63.43 mata kepada 17,420.69, Indeks FBM Emas Shariah turun 1.37 mata kepada 12,082.91, manakala Indeks FBM ACE berkurangan 43.25 mata kepada 5,403.91.

Indeks FBM Top 100 meningkat 12.90 mata kepada 11,863.86 manakala Indeks FBM Emas naik 5.84 mata kepada 12,061.73.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 10.05 mata kepada 18,547.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.98 mata kepada 178.37, Indeks Tenaga naik 7.80 mata kepada 852.16, dan Indeks Perladangan melonjak 60.52 mata kepada 8,697.42.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.87 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 1.57 bilion unit bernilai RM2.16 bilion pada Khamis.

 Jumlah dagangan waran merosot kepada 893.97 juta unit bernilai RM115.16 juta daripada 967.96 juta unit bernilai RM122.01 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 384.14 juta unit bernilai RM143.92 juta, daripada 408.81 juta unit bernilai RM154.11 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 218.43 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (333.85 juta), pembinaan (188.68 juta), teknologi (584.35 juta), perkhidmatan kewangan (94.86 juta), hartanah (77.17 juta), perladangan (20.54 juta), amanah pelaburan hartanah (14.99 juta), dana tertutup (16,800), tenaga (82.58 juta), penjagaan kesihatan (137.24 juta), telekomunikasi dan media (36.67 juta), pengangkutan dan logistik (55.20 juta), utiliti (26.69 juta), serta amanah perniagaan (sifar).

-- BERNAMA