Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pengukuhan Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran tunai yang kukuh.
Pada akhir sesi hari ini, kontrak bulan semasa Oktober 2026 melonjak 10.0 mata kepada 1,618.5, November 2026 naik 5.0 mata kepada 1,617.5, Disember 2026 meraih 5.5 mata kepada 1,620.0 manakala Mac 2027 menambah 5.0 mata kepada 1,605.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 10,295 lot daripada 21,850 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 51,161 kontrak daripada 62,964 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, indeks penunjuk utama FBM KLCI meraih 4.44 mata kepada 1,615.60 daripada paras penutup 1,611.16, semalam.
-- BERNAMA