Terdapat 119 berita berdasarkan kata kunci carian "tutup"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur, Pasaran Stabil Selepas MPOB Keluarkan Data

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa, pulih daripada tekanan jualan selama dua minggu susulan petunjuk pasaran mula stabil selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengeluarkan data bagi Oktober.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh permintaan aset selamat walaupun menyaksikan prestasi lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Harapan Konflik AS-Iran Akan Reda

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik berikutan harapan konflik antara AS dan Iran akan reda.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa dengan indeks utama hanya berada di atas sedikit daripada paras 1,600, apabila jualan dalam saham wajaran tinggi berkaitan sektor perbankan dan pusat data telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Jejaki Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau susulan keputusan China dan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan gencatan perang dagang antara kedua-dua negara.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan pada tengah hari Selasa walaupun terdapat sentimen positif dalam kalangan pasaran serantau.

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Indeks Utama Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Sentimen Positif Di Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas cuti akhir minggu yang panjang sempena Deepavali walaupun terdapat sentimen positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan pelabur terus menilai perkembangan ekonomi global dan prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Laporan MPOB

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan penggiat pasaran menunggu laporan bekalan dan penawaran minyak sawit bagi Oktober yang akan dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 November.

Pasaran Getah Dijangka Menjejaki Aliran Menurun Minggu Depan Susulan Lebihan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan lebih perlahan dan lemah dengan harga berkemungkinan terus menunjukkan aliran menurun berikutan lebihan bekalan serta keadaan cuaca bermusim yang lebih baik menjelang musim tengkujuh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dengan kontrak penanda aras bagi Januari 2027 susut di bawah paras RM4,300 satu tan.