10minit ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kesediaan grid, kepastian kawal selia, struktur hasil yang berdaya maju dari segi komersial serta pengurusan risiko yang berkesan adalah penting untuk menterjemahkan potensi tenaga angin kepada pelaburan yang boleh dibiayai oleh bank dan pertumbuhan mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).
16minit ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melahirkan kebimbangan terhadap jumlah penyertaan dalam fasa rintis MediAsas di Lembah Klang yang disifatkan terlalu kecil dan tidak mewakili keseluruhan pengguna perkhidmatan kesihatan swasta.
33minit ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham teknologi susulan perkembangan berkaitan Nvidia serta syarat pelesenan yang lebih ketat oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) termaju.
34minit ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mendapatkan sokongan daripada kerajaan dan industri Perancis untuk projek Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- HLGY Energy Sdn Bhd (HLGY Energy) sedang memperkukuh peranannya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia menerusi pembangunan Loji Tenaga Suria Kedah Rubber City (KERC SPP), iaitu projek fotovoltaik (PV) solar berkapasiti 119.7 megawatt (MW) yang disepadukan dengan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 240.72 megawatt-jam (MWh).
3jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Sarawak Shell Bhd (SSB), anak syarikat Shell plc (Shell) telah mengeluarkan gas pertamanya daripada medan gas Rosmari dan Marjoram yang terletak 220 kilometer dari pesisir pantai Sarawak.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dalam sentimen pasaran yang suram berikutan kebimbangan mengenai Nvidia Corporation dan langkah berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) esok yang menyebabkan pedagang tidak memasuki pasaran.
3jam ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2026 dijangka kekal pada 5.3 peratus, selaras dengan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2026 yang dijadualkan esok.
15jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
16jam ago
BATU KAWAN, 16 Nov (Bernama) – Pulau Pinang terus memperkukuh infrastruktur sokongan industri menerusi pembangunan projek penginapan pekerja berpusat (CLQ) Cassia Gardens by PDC bernilai RM116 juta yang mampu menempatkan sehingga 6,750 pekerja di Bandar Cassia, di sini.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih yang meningkat kepada RM62.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada defisit RM45.23 juta pada suku yang sama setahun sebelumnya.