BERITA TERKINI   Bekalan elektrik putus: Semua 42,808 calon sedang duduki SPM di Sabah tidak terjejas - Pengarah Pendidikan Negeri | MCMC selaraskan usaha pemulihan perkhidmatan telekomunikasi Pantai Timur Sabah bersama Sabah Electricity dan penyedia perkhidmatan | MCMC sediakan sambungan satelit Starlink di 18 lokasi kritikal pastikan komunikasi pasukan di lapangan | Sebanyak 1,196 tapak selular terjejas susulan bekalan elektrik terputus di Pantai Timur Sabah - MCMC | Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | 

Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian "keuntungan"

IOI Properties Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM609.53 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd bagi tempoh suku pertama berakhir pada 30 September 2026 susut kepada RM609.53 juta daripada RM664.33 juta pada tahun sebelumnya.

Takaful Malaysia Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Sebanyak RM127.88 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM127.88 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 30 September 2026 berbanding RM115.42 juta pada suku yang sama tahun lepas.

IJM Corporation Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM233.17 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IJM Corporation Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu kepada RM233.17 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM65.78 juta pada suku sama tahun lepas.

Cadangan LTAT Jual Pegangan Boustead Plantations Sejajar Syor PAC, Perkukuh Dana Persaraan

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Cadangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk mengurangkan pegangannya dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) di bawah Project Earth itu merupakan langkah penting dalam usaha transformasi berterusan untuk muncul sebagai sebuah dana persaraan yang lebih pelbagai, berdaya tahan dari segi kewangan serta mampan.

Penilaian AS Ke Atas Lebihan Kapasiti Pembuatan Malaysia Perlu Berasaskan Bukti - FMM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Sebarang penilaian oleh Amerika Syarikat (AS) mengenai lebihan kapasiti struktur dalam sektor pembuatan Malaysia perlu disertai dengan bukti yang boleh dipercayai, telus dan khusus industri, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

BDB Kembali Pulih, Raih Untung Bersih RM3.30 Juta Bagi Sembilan Bulan Pertama 2026

ALOR SETAR, 26 Nov (Bernama) -- Bina Darulaman Berhad (BDB) kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.30 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 Sept 2026 berbanding kerugian bersih RM11.82 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Sime Darby Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi Sebanyak RM416 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd (Sime Darby) pada suku pertama (S1) yang berakhir pada 30 September 2026 meningkat kepada RM416 juta berbanding RM355 juta pada suku yang sama tahun lepas. 

Allianz Malaysia Lancar Allianz Eterna Untuk Golongan Individu Bernilai Bersih Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd melancarkan Allianz Eterna, satu penyelesaian pengurusan kekayaan dan perlindungan yang menyasarkan golongan individu bernilai bersih tinggi (HNWI).

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Naik 1.20 Peratus

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks penanda aras meningkat 1.20 peratus, didorong oleh aktiviti belian dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan serta sektor produk dan perkhidmatan pengguna.

Ekonomi Malaysia Di Landasan Tepat, Impak Agenda Ekonomi MADANI Dijangka Lebih Menyeluruh Dalam Jangka Panjang

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama)  -- Ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang tepat susulan pelaksanaan agenda dan strategi di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Untung Bersih Sunway Susut Kepada RM314.05 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah  kepada RM314.05 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM338.13 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Telekom Malaysia Susut Kepada RM494.04 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) susut kepada RM494.04 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2026 daripada RM686.26 juta pada suku yang sama tahun lepas.