3jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh pengukuhan dalam permintaan luar negara untuk minyak sawit Malaysia.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila jangkaan penurunan kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga itu.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd iaitu Inta Bina Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja pembinaan utama bernilai RM115.65 juta daripada Sime Darby Property (KL East) Sdn Bhd.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).
6jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan di Bursa Malaysia Derivatives dengan lebih tinggi pada Isnin.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 3.32 peratus atau 84,495 tan kepada 2.63 juta tan pada Julai 2026 daripada 2.54 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
10jam ago
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkasakan sektor elektrik dan elektronik (E&E) dalam usaha memastikan Malaysia kekal sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan teknologi global serta peranannya kepada ekonomi negara.
10jam ago
IPOH, 10 Ogos (Bernama) -- Syarikat berkaitan bidang pertanian dan penternakan Sheng Long Aqua Technology (M) Sdn Bhd (Sheng Long) melabur sebanyak RM140 juta untuk membina kilang makanan ternakan akuakultur pertamanya di Malaysia yang dijadual memulakan operasi pada 2028 di Kamunting, Taiping.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ahli akademik berpendapat anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026 merupakan perkembangan positif yang mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia dalam persekitaran global yang masih tidak menentu.
10jam ago
PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Sektor komoditi dan industri berasaskan komoditi mencatatkan sumbangan sebanyak RM19.65 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026, meningkat berbanding RM18.95 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 14.9 peratus berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
13jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan ringgit akan stabil menjelang akhir Ogos susulan dolar AS menyusut semula selepas mengukuh sebelum ini berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julainya.