BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

Inta Bina Group Peroleh RM115.65 Juta Kontrak Pembinaan Daripada Sime Darby Property

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Inta Bina Group Bhd iaitu Inta Bina Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja pembinaan utama bernilai RM115.65 juta daripada Sime Darby Property (KL East) Sdn Bhd.

Kontrak berkenaan merangkumi pembinaan 61 unit rumah teres tiga tingkat dan sebuah pencawang elektrik di KL East, Setapak di sini, menurut kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Inta Bina Group menyatakan, projek berkenaan dijadualkan siap dalam tempoh 30 bulan dari tarikh pelaksanaannya pada 24 Ogos, 2026.

Ad Banner

"Kontrak itu mencerminkan permintaan berterusan terhadap pembangunan kediaman berkualiti di lokasi yang matang serta mempunyai kemudahan perhubungan yang baik di Kuala Lumpur sekali gus terus mengukuhkan kedudukan Inta Bina Group dalam pasaran pembinaan di Lembah Klang," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Inta Bina Group Paul Lim berkata kumpulan kekal komited untuk memenuhi harapan Sime Darby Property selain menyiapkan projek berkenaan dengan kualiti, disiplin dan memberi tumpuan terhadap pelaksanaannya.

Beliau memberitahu kontrak bernilai RM115.65 juta itu meningkatkan baki nilai perolehan kontrak Inta Bina Group kepada kira-kira RM1.7 bilion selain meletakkan jumlah pemerolehan projek kumpulan itu bagi 2026 kepada RM424 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Kumpulan ini terus mengekalkan aliran tender yang aktif dengan nilai tender yang dikemukakan berjumlah kira-kira RM3.3 bilion.

"Kami kekal optimis bahawa peluang-peluang ini akan menyokong pertumbuhan masa depan serta kejelasan pendapatan kumpulan," kata Lim.

-- BERNAMA