BERITA TERKINI   Sebanyak 1,196 tapak selular terjejas susulan bekalan elektrik terputus di Pantai Timur Sabah - MCMC | Mesej tular gangguan bekalan elektrik selama dua minggu di Pantai Timur Sabah adalah palsu - Sabah Electricity | Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di beberapa kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Kunak - Sabah Electricity | ACL2: Kuching City FC 3-0 Phnom Penh Crown FC | Polis buka kertas siasatan hantaran Facebook Tony Pua, ahli Parlimen Kota Melaka - KPN | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, didorong kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah yang lebih tinggi, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Khamis, menjejaki kenaikan pasaran saham Asia.

Ad Banner

Sementara itu, harga minyak meningkat sedikit hari ini berikutan serangan baharu terhadap kapal komersial dan infrastruktur tenaga Arab Saudi yang mengancam untuk menjejaskan pemulihan penghantaran minyak mentah dari Teluk Parsi, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bekalan getah yang terhad turut menyokong sentimen pasaran.

“Keadaan bekalan secara keseluruhan kekal terhad, dengan import getah berada pada paras rendah. Kawasan pengeluaran di Hainan pula memasuki fasa pengurangan pengeluaran bermusim, manakala beberapa ladang di wilayah Yunnan telah menghentikan aktiviti menoreh,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, katanya, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ketidaktentuan mengenai hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat (AS) berikutan inflasi yang berterusan, selain kebimbangan terhadap dasar perdagangan negara itu.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) melonjak 18.50 sen kepada 974 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat tujuh sen kepada 760.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA