BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

Kerugian Bersih Lotte Chemical Titan Meningkat Kepada RM245.49 Juta Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Lotte Chemical Titan Holding Bhd meningkat kepada RM245.49 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 berbanding RM168.83 juta pada suku ketiga 2025.

Ia disebabkan oleh perbelanjaan susut nilai dan faedah tambahan yang berkaitan dengan projek LINE serta penyusutan margin.

Bagaimanapun, hasil meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM2.85 bilion daripada RM2.44 bilion sebelumnya, menurut kenyataan oleh syarikat itu kepada Bursa Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Projek LINE masih dalam peringkat pentauliahan pada suku ketiga 2025, dengan susut nilai bermula sebaik sahaja operasi komersial dimulakan pada Oktober 2025.

“Kesan ini sebahagiannya diimbangi oleh pembalikan penurunan nilai inventori terdahulu kepada nilai boleh realisasi bersihnya, serta bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu, Lotte Chemical USA Corporation,” menurut kenyataan itu.

Bagi tempoh sembilan bulan, kumpulan itu turut mencatatkan peningkatan kerugian bersih kepada RM542.38 juta daripada RM467.59 juta, manakala hasil meningkat kepada RM8.48 bilion berbanding RM5.37 bilion.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lotte Chemical Titan, Jang Seon Pyo berkata kumpulan itu kekal komited untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran serantau utama, khususnya di Malaysia dan Indonesia serta di Asia Tenggara.

“Memandangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serantau dijangka kekal sederhana, kami akan terus mengharungi kitaran semasa dengan penuh berhati-hati,” katanya.

-- BERNAMA