BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

Pemimpin Pemasaran Global Bincang Masa Depan Industri Di WMS Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Persidangan World Marketing Summit Malaysia 2026 (WMS Malaysia 2026) yang berlangsung pada 4 dan 5 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menghimpunkan pemimpin pemasaran antarabangsa, tokoh perniagaan, usahawan dan pakar industri bagi membincangkan masa depan pemasaran dalam era teknologi baharu.

Menurut KNKV Group selaku penganjur bersama WMS Malaysia 2026, persidangan bertemakan "New Age Technology" dengan misi "Creating a Better World Through Marketing" menampilkan Kotler Impact Inc sebagai tuan rumah dan ANNEMS Leadership Solution sebagai penganjur utama.

KNKV Group dalam kenyataan memaklumkan persidangan itu memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi, kecerdasan buatan (AI), strategi penjenamaan dan inovasi bagi memperkukuh daya saing serta pertumbuhan perniagaan.

Ad Banner
Ad Banner

Antara penceramah yang berkongsi pandangan ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Kotler Impact Inc Sadia Kibria, Presiden Kotler Impact Asia merangkap Pengasas dan Presiden ANNEMS Group of Companies Datuk Dr Faridah Hanim Haron, Pengasas dan CEO KNKV Group Prof (Adjung) Adam Richman serta Pengerusi KNKV Group Datuk Seri Dr Zurainah Musa.

Menurut Faridah Hanim pertumbuhan perniagaan yang mampan memerlukan strategi pemasaran yang disokong oleh kepimpinan, sistem dan struktur organisasi yang kukuh.

“Dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar, pemasaran yang berkesan perlu disokong oleh kepimpinan yang kukuh, organisasi yang bersedia, sistem yang berfungsi dan keupayaan untuk melaksanakan strategi secara konsisten. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Pertumbuhan yang tidak disokong oleh kesiapsiagaan organisasi boleh menjadi cabaran kepada kelangsungan perniagaan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan sama.

Adam Richman pula berkata teknologi dan AI perlu dimanfaatkan sebagai alat strategik untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran dan daya saing perniagaan.

“Perniagaan Malaysia perlu mula melihat AI dan teknologi sebagai pengganda keupayaan, bukan sekadar alat untuk menghasilkan kandungan atau mengurangkan kos.

“Dengan strategi yang betul, perniagaan boleh memahami pelanggan dengan lebih mendalam, membuat keputusan pemasaran yang lebih tepat dan memaksimumkan impak daripada setiap pelaburan," katanya.

Beliau berkata persoalan utama bukan lagi sama ada perniagaan perlu menggunakan teknologi, sebaliknya sejauh mana mereka bersedia memanfaatkannya untuk mewujudkan kelebihan daya saing.

Menurut KNKV Group, WMS Malaysia 2026 turut menyediakan peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk memahami penerapan AI secara lebih strategik, memperkemas strategi pemasaran, membina jenama yang lebih kukuh serta mendalami keperluan pelanggan.

Pendedahan kepada pendekatan dan pandangan pakar tempatan serta antarabangsa itu dapat membantu PMKS mengenal pasti peluang pertumbuhan dan meningkatkan daya saing dalam pasaran yang semakin dinamik.

WMS yang diasaskan pada 2012 berteraskan visi Prof Philip Kotler bertujuan menghubungkan pemimpin, idea dan komuniti antarabangsa menerusi misi untuk mewujudkan dunia yang lebih baik melalui pemasaran.

Menurut kenyataan itu, penganjuran di Malaysia meneruskan usaha itu dengan menyediakan platform bagi perkongsian ilmu, pertukaran idea dan jaringan strategik antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

-- BERNAMA