BERITA TERKINI   Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | 

Skyro Lancar Produk Kredit Pertama Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Skyro melancarkan produk kredit pertamanya di Malaysia, menawarkan kemudahan kepada pengguna yang layak untuk mendapatkan pembiayaan jangka pendek secara digital bagi memenuhi keperluan kewangan harian.

Menurut kumpulan kewangan digital yang berkembang pesat itu, pinjaman tunai tersebut membolehkan rakyat Malaysia memohon pembiayaan sehingga RM1,000 bagi pinjaman pertama, tertakluk kepada kelulusan, dengan tempoh pembayaran balik selama empat bulan.

Pinjaman tunai itu mengenakan kadar faedah tetap sebanyak 1.5 peratus sebulan, menurut kumpulan itu dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

“Proses permohonan adalah sepenuhnya secara digital, bermula daripada pengesahan identiti dan penilaian kredit sehingga kepada kelulusan pinjaman serta pengeluaran, tanpa perlu mengunjungi cawangan.

“Syarikat berhasrat menaikkan had pinjaman secara berperingkat seiring dengan membina hubungan bersama pelanggan, dengan matlamat jangka panjang untuk menawarkan pinjaman sehingga RM10,000,” menurutnya.

Warganegara Malaysia yang layak, memiliki MyKad yang sah dan mempunyai pendapatan tetap boleh membuat permohonan melalui aplikasi Skyro dengan melengkapkan proses pengesahan identiti dan mengemukakan dokumen sokongan pendapatan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Permohonan dinilai secara individu berdasarkan pendapatan pelanggan, komitmen kewangan sedia ada dan sejarah kredit, dengan kebanyakan pemohon menerima keputusan dalam masa beberapa minit.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Arsen Liametov berkata Skyro bermula dengan pinjaman tunai untuk memahami dengan lebih baik mengenai keperluan pengguna di Malaysia dan cara mereka menggunakan kemudahan kredit.

“Dalam membina pemahaman itu, kami mahu memperkenalkan lebih banyak pilihan pembiayaan fleksibel yang dapat memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah,” katanya.

-- BERNAMA