BERITA TERKINI   Harga RON97 turun 20 sen seliter, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 15 sen seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Nov - MoF | Kerajaan luluskan peruntukan lebih RM250 juta untuk memperkukuh pembangunan ECRL di Kelantan - MOF | Kanak-kanak lelaki enam tahun maut terjatuh dalam kolam takungan di Kulai, Johor - Bomba | Bayaran STR bagi pemohon baharu dan rayuan diluluskan dibuat mulai 16 Nov - MOF | Bayaran kepada penerima sedia ada STR dibuat secara berperingkat mulai 4 hingga 6 November 2026 -- MoF | 

Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) memaklumkan maklumat sebahagian pelanggannya mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga syarikat penerbangan itu.

“Insiden itu mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026,” menurut kenyataan MAB yang disiarkan di laman webnya pada Sabtu (31 Oktober).

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu memberi jaminan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas, dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan maklumat kewangan telah diakses.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan Amadeus dan pihak berkaitan untuk menyiasat insiden berkenaan dan menilai kesannya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menggalakkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang komunikasi yang mencurigakan atau tidak diminta, terutama yang mahukan maklumat peribadi atau kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MAB privasi dan perlindungan maklumat pelanggan kekal menjadi keutamaan dan pihaknya akan berkongsi perkembangan selanjutnya sekiranya mendapat maklumat yang lebih terperinci.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA