Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu seiring dengan prestasi pasaran tunai yang lebih lemah.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 susut 1.0 mata kepada 1,615.0 manakala kontrak Disember 2026, Mac 2027 dan Jun 2027 masing-masing merosot 1.5 mata kepada 1,615.5, 1,597.5 dan 1,597.5.
Jumlah dagangan berkurang kepada 6,518 lot daripada 6,748 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menurun kepada 42,838 kontrak daripada 44,275 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 5.29 mata atau 0.32 peratus kepada 1,616.56 daripada 1,621.85 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA