BERITA TERKINI   UEM Sunrise dan AME Elite Consortium bentuk usaha sama untuk bangun taman perindustrian bernilai RM4.0 bilion di Gerbang Nusajaya. | Liga Super: DPMM FC 3-1 Negeri Sembilan FC | Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | 

Ringgit Teruskan Momentum, Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menilai semula jangkaan mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama, kata penganalisis.

Pihak Fed memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah berkenaan pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus pada 28 Oktober lepas.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh ke paras 4.0555/0600 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0575/0620 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar pertukaran dolar-ringgit  di paras sekitar RM4.0425 pada sesi dagangan pagi namun kemudian bergerak ke arah RM4.0577, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.05 peratus berbanding dolar AS.

“Situasi ini menunjukkan peniaga sedang melakukan penilaian semula mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah yang menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) susut sebanyak 0.32 peratus kepada 101.710 mata,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, berbanding mata wang utama dunia, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4461/4522 daripada 5.4009/4069 semalam, rendah berbanding euro kepada 4.5413/5464 daripada 4.5176/5226 selain turun berbanding yen Jepun kepada 2.5782/5812 daripada 2.5685/5715 sebelum ini.

Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama negara anggota ASEAN lain.

Unit tempatan itu bagaimanapun naik berbanding rupiah Indonesia kepada 223.4/223.8 daripada 223.7/224.0 semalam namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1753/1791 daripada 3.1665/1702, sebelum ini.

Berbanding baht Thailand, ringgit rendah kepada 12.0373/0561 daripada 12.0165/0345 semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 6.36/6.37 daripada 6.35/6.36, sebelum ini.

-- BERNAMA