BERITA TERKINI   UEM Sunrise dan AME Elite Consortium bentuk usaha sama untuk bangun taman perindustrian bernilai RM4.0 bilion di Gerbang Nusajaya. | Liga Super: DPMM FC 3-1 Negeri Sembilan FC | Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | 

MICCI Mudah Cara Hubungan Dagang Malaysia-Palestin Menerusi Pengiktirafan Halal JAKIM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) membantu memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia dan Palestin selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf Palestine Standards Institution (PSI) sebagai badan pensijilan halal asing di Palestin.

Dalam kenyataan hari ini, MICCI memaklumkan usaha itu berjaya direalisasikan menerusi penglibatan pihak PSI, Badan Pembangunan Halal (HDC) dan JAKIM.

Dewan perniagaan itu menyifatkan pengiktirafan berkenaan sebagai satu pencapaian penting bagi perniagaan Palestin yang mahu menembusi pasaran Malaysia selain membuka peluang bagi produk Palestin memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Ini merangkumi produk seperti makanan dan minuman, bahan mentah, kosmetik dan produk penjagaan diri serta farmaseutikal yang tertakluk kepada keperluan import dan kawal selia Malaysia berkenaan,” maklum MICCI.

Sementara itu, Presiden MICCI Christina Tee berkata pengiktirafan PSI oleh JAKIM itu adalah satu pencapaian bermakna dalam memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Palestin.

“Menerusi usaha menghubungkan pihak berkepentingan yang berkaitan, kami berharap dapat membantu perniagaan Palestin menembusi pasaran baharu serta membina hubungan komersial yang lebih kukuh dengan Malaysia,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa sama, pencapaian berkenaan juga sejajar dengan langkah Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) menyokong Inisiatif Pasaran Tunggal Palestin-OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yang bertujuan memperluas akses produk Palestin ke pasaran 57 negara anggota OIC terbabit. 

“MICCI akan terus menyokong penglibatan konstruktif dalam komuniti perniagaan antarabangsa dengan menghubungkan pihak berkepentingan berkaitan, memudah cara peluang yang dapat memperkukuh hubungan perdagangan dan meluaskan akses pasaran,” maklum MICCI.

-- BERNAMA