BERITA TERKINI   Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | LLM, Prosignal Consortium perlu beri penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi TuJu - Fahmi | KSN adakan mesyuarat bersama KSU beberapa kementerian, teliti isu penggunaan aplikasi navigasi - Fahmi | 

YTL Group Umum Pelantikan Pengarah Ganti, Pengarah Baharu

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- YTL Group mengumumkan pelantikan Joseph Yeoh Keong Shyan sebagai pengarah ganti kepada Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Pintar Projek Sdn Bhd, serta pengarah YTL Hotels & Properties Sdn Bhd dan YTL Land & Development Bhd.

Joseph Yeoh turut berkhidmat sebagai pengarah ganti kepada Francis Yeoh di Starhill Global Real Estate Investment Trust (REIT) Management Ltd di Singapura.

Dalam kenyataan, YTL memaklumkan Yeoh Pei Nee turut dilantik sebagai pengarah ganti kepada Datuk Yeoh Seok Kian di Starhill Global REIT Management Ltd, manakala Yeoh Pei Teeng dan Yeoh Keong Wei dilantik sebagai pengarah YTL Land & Development Bhd.

Ad Banner

Sementara itu, Yeoh Pei Xien dilantik sebagai pengarah YTL Hotels & Properties Sdn Bhd serta pengarah ganti kepada Datuk Yeoh Soo Min di Pintar Projek Sdn Bhd.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner