BERITA TERKINI   Kerajaan tidak tolak kemungkinan haramkan Waze di Malaysia sekiranya mempunyai aplikasi alternatif lain - Anwar | Larangan penggunaan aplikasi Waze dilakukan kerana kerajaan tidak kompromi keselamatan rakyat dan negara - Anwar | Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

LYC Healthcare Berdepan Digantung Dagangan, Nyahsenarai Selepas Gagal Lantik Penaja

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- LYC Healthcare Bhd berdepan penggantungan dagangan pada 27 Okt, 2026 dan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia Securities Bhd dua hari kemudiannya.

Tindakan itu dibuat susulan kegagalan syarikat melantik penaja baharu selepas penamatan UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd sebagai penajanya pada 16 Okt, 2026, menurut syarikat penjagaan kesihatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

LYC Healthcare menyatakan penyahsenaraian yang dicadangkan itu boleh ditangguhkan jika syarikat mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities menjelang 26 Oktober.

Ad Banner

Bagaimanapun, syarikat itu memaklumkan dagangan sekuritinya tetap akan digantung pada 27 Oktober walaupun keputusan rayuan belum dimuktamadkan.

Apabila dinyahsenarai, LYC Healthcare akan terus beroperasi sebagai entiti tidak tersenarai dan boleh meneruskan aktiviti perniagaan serta melaksanakan penyusunan semula korporatnya.

“Syarikat masih mampu meneruskan operasi dan perniagaannya serta melaksanakan penyusunan semula korporat selain pemegang sahamnya masih boleh mendapat ganjaran daripada prestasi syarikat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disenaraikan dan diniagakan di Bursa Securities,” jelasnya.

-- BERNAMA