BERITA TERKINI   Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Keputusan tutup sekolah bergantung SOP, nasihat MetMalaysia dan Kementerian Kesihatan- Fadhlina | Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Arab Saudi susulan pengeboman di Riyadh - Mohamad Hasan | 

Stok Minyak Sawit Malaysia Naik 24.54 Peratus Kepada 3.51 Juta Tan Pada September

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Stok keseluruhan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 691,835 tan atau 24.54 peratus kepada 3.51 juta tan pada September tahun ini berbanding 2.8 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB memaklumkan, stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 31.88 peratus atau 522,905 tan kepada 2.16 juta tan pada September berbanding 1.64 juta tan pada Ogos.

“Stok minyak sawit diproses meningkat 14.33 peratus atau 168,930 tan kepada 1.34 juta tan daripada 1.17 juta tan pada Ogos,” menurut MPOB dalam laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi September 2026.

Ad Banner

Dari segi pengeluaran, MPOB memaklumkan pengeluaran MSM meningkat 16.48 peratus atau 299,451 tan kepada 2.11 juta tan pada September berbanding 1.81 juta tan pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran isirung sawit turut meningkat 18.16 peratus kepada 508,392 tan berbanding 430,599 tan pada Ogos.

Sementara itu, pengeluaran minyak isirung sawit mentah meningkat 4.91 peratus berbanding Ogos, kepada 209,381 tan, manakala pengeluaran kek isirung sawit naik 7.81 peratus kepada 232,696 tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, eksport minyak sawit Malaysia merosot 12.13 peratus kepada 1.22 juta tan pada September berbanding bulan sebelumnya.

Eksport minyak isirung sawit susut 34.09 peratus kepada 74,364 tan, manakala eksport kek isirung sawit berkurangan 3.99 peratus kepada 204,687 tan.

Dalam perkembangan lain, eksport oleokimia meningkat 2.62 peratus kepada 239,723 tan berbanding Ogos, manakala eksport biodiesel merosot 91.69 peratus kepada 2,930 tan.

MPOB melaporkan tiada import MSM pada September. Import minyak sawit diproses meningkat 3.49 peratus kepada 51,252 tan berbanding 49,524 tan pada Ogos, manakala import minyak sawit meningkat 17.25 peratus kepada 58,064 tan berbanding bulan sebelumnya.

-- BERNAMA