BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Kinergy Peroleh Kontrak Elektrikal Pusat Data Bernilai RM47.5 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson.

Menerusi perjanjian berkenaan, pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan infrastruktur elektrikal teras dan struktur utama bagi pembangunan pusat data itu.

Skop kerja itu merangkumi infrastruktur pengagihan elektrik voltan tinggi dan voltan rendah, pencawang dan suis gear, transformer, pendawaian kabel, pengagihan kuasa, pencahayaan, sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), serta sistem kawalan dan antara muka berkaitan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kinergy berkata kerja-kerja berkenaan dijadualkan siap menjelang suku pertama 2028.

Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Kinergy Datuk Dr Lai Keng Onn berkata perolehan kontrak itu mencerminkan peningkatan kumpulan berkenaan dalam sektor pusat data serta kepentingan keupayaan teknikalnya dalam pembangunan infrastruktur berspesifikasi tinggi.

“Seiring dengan peningkatan skala dan kerumitan pembangunan, kami melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap kejuruteraan khusus dan infrastruktur bekalan kuasa, sekali gus membuka peluang besar kepada Kinergy untuk memperluas penglibatannya dalam sektor ini,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut syarikat itu, kontrak berkenaan akan mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem pusat data serta memperluas penggunaan kepakaran kejuruteraan dan tenaga kumpulan dalam projek infrastruktur yang semakin canggih.

-- BERNAMA