Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur pada Khamis.
Pada 9.37 pagi, kontrak Disember 2026 menambah satu mata kepada 1,738.0, dan Mac 2027 naik 1.5 mata kepada 1,722.0, Ogos 2026 susut 1.5 mata kepada 1,749.5, dan September 2026 menokok 0.5 mata kepada 1,736.0.
Jumlah dagangan sebanyak 4,684 manakala kepentingan terbuka berjumlah 67,878 kontrak.
Pada 9.57 pagi, FBM KLCI meningkat 0.33 mata kepada 1,748.87 daripada 1,748.54 semasa ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA