Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah, Menjejaki COMEX AS
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup, kontrak semerta bulan Ogos 2026 menyusut kepada US$4,595.90 setiap auns troy daripada US$4,618.0 pada Rabu, dan kontrak September 2026 merosot kepada US$4,613.20 daripada US$4,635.50.
Kontrak Oktober dan November 2026 kedua-duanya menurun kepada US$4,629.40 setiap auns troy daripada US$4,651.90, manakala kontrak Disember 2026 dan Februari 2027 berkurang kepada US$4,637.20 daripada US$4,659.70.
Jumlah dagangan melonjak kepada 620 lot daripada 354 lot padaRabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 688 kontrak daripada 425 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,631.50 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 26 Ogos 2026.
-- BERNAMA