BERITA TERKINI   Institusi pondok perlu didedahkan kepada AI yang berpotensi besar sebagai alat dakwah dan pembangunan umat Islam - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, disiplin masing-masing - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, displin masing-masing - PM | Kerajaan akan bantu perkemas, martabat institusi pondok termasuk kemudahan fizikal, disiplin ilmu dan pengajian baharu - PM | Op Fella: SPRM rakam keterangan bekas Pengerusi Felda Isa Samad di Penjara Sungai Buloh pada 17 Sept - KP SPRM | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh jangkaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini, berpotensi memberikan peningkatan selanjutnya untuk harga emas semerta.

Ad Banner

“Kemungkinan, harta semerta emas akan cuba melepasi paras US$4,400 seauns minggu depan terutamanya apabila harga minyak mentah dijangka kekal stabil dan condong ke arah penurunan," katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak September 2026 meningkat kepada US$4,393.20 setiap auns troy daripada US$4,353.50, kontrak Oktober 2026 menambah kepada US$4,411.20 setiap auns troy daripada US$4,368.70, dan kontrak November 2026 mengukuh kepada US$4,428.50 setiap auns troy daripada US$4,384.00 setiap auns troy. 

Sementara itu, kontrak Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 meningkat kepada US$4,436.30 setiap auns troy berbanding US$4,391.80 sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan minggu berkurang kepada 1,152 lot daripada 1,492 lot seminggu lepas, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 307 kontrak daripada 469 kontrak. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,368.10 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 17 September 2026. 

-- BERNAMA