BERITA TERKINI   Kebakaran hutan Indonesia: Menteri Luar telah diarahkan untuk koordinasi bantuan - TPM Ahmad Zahid | Kebakaran hutan Indonesia: Prabowo beri kebenaran Malaysia hantar bantuan - TPM Ahmad Zahid | Tim Nukleus Angkatan Siber dilancar sebagai langkah mewujudkan cabang keempat ATM, depani ancaman peperangan era digital - Menteri Pertahanan | Institusi pondok perlu didedahkan kepada AI yang berpotensi besar sebagai alat dakwah dan pembangunan umat Islam - PM | Beberapa institusi pondok akan dipilih menjadi perintis tradisi ilmu baharu mengikut pengkhususan, disiplin masing-masing - PM | 

Segmen Utama Capital A Catat Pertumbuhan Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Syarikat pegangan pelaburan Capital A Bhd mencatat pertumbuhan merangkumi beberapa segmen perniagaan utamanya dalam suku kedua 2026, dipacu oleh prestasi lebih kukuh membabitkan perniagaan kejuruteraan, logistik dan platform pelancongan.

Dalam kenyataan hari ini, Capital A yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Bhd memaklumkan ini termasuk jumlah pesanan bengkel yang berjaya disiapkan oleh Asia Digital Engineering dan telah meningkat 23 peratus tahun ke tahun manakala jumlah bungkusan e-dagang Teleport pula melonjak 79 peratus kepada 56.5 juta bungkusan.

Selain itu, pengguna aktif bulanan AirAsia MOVE meningkat sebanyak 22 peratus kepada 16.3 juta dan nilai tempahan kasar pula tumbuh lapan peratus kepada US$1.3 bilion (US$1=RM4.094). 

Ad Banner

Capital A menganggap tempoh suku kedua berkenaan sebagai memaparkan kelembapan bermusim yang biasa berlaku manakala ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pelarasan kapasiti penerbangan turut menjejaskan beberapa segmen perniagaannya.

“Di sebalik cabaran ini, kumpulan terus mencatat kemajuan merentasi portfolio dengan mengembangkan keupayaan serta jangkauan komersial perniagaannya yang dapat menyokong sumber pertumbuhan yang pelbagai dalam ekosistem,” menurutnya.

Secara menyeluruh, syarikat itu memaklumkan portfolio perniagaannya yang pelbagai telah memaparkan daya tahan dalam suku kedua 2026 meskipun dalam senario penyusutan bermusim kapasiti penerbangan serantau di serata Asia Tenggara.

Ad Banner

-- BERNAMA