BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Axis-REIT Beli Kompleks Perindustrian Di Kedah Pada Harga RM113 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) sedang memperoleh sebuah kompleks perindustrian di Kawasan Industri Padang Meha, Padang Meha, Kedah pada harga RM113 juta.

Axis-REIT dalam makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa cadangan pembelian hartanah berkenaan akan disempurnakan oleh vendor, WH Union Development dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian jual beli tersebut.

Hartanah itu seterusnya akan disewa kepada WH Union Development Sdn Bhd selepas tarikh siap.

Ad Banner

Menurut Axis-REIT, cadangan pembelian itu seiring dengan objektif pelaburan dana dan strategi pertumbuhannya untuk menyediakan pengagihan pendapatan stabil kepada pemegang unit serta mencapai pertumbuhan dalam nilai aset bersih seunit Axis-REIT melalui pembelian hartanah berkualiti tinggi untuk menjana pendapatan dengan pendapatan sewaan berulang yang kukuh

Cadangan pembelian hartanah itu akan meningkatkan pendapatan boleh agih Axis-REIT dan menambah kepada portfolio hartanah yang akan memberi manfaat kepada dana itu dalam jangka panjang

Hartanah itu terletak di dalam Kawasan Industri Padang Meha, menempatkan pelbagai industri seperti pembuatan, automotif, tenaga dan teknologi hijau.

Ad Banner

Cadangan pembelian itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dana berkenaan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2027 apabila siap kelak yang disasarkan pada suku pertama 2027.

-- BERNAMA