BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Tanco: Asas Perniagaan Kekal Utuh Meskipun Harga Saham Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd menegaskan asas perniagaannya kekal kukuh meskipun berdepan turun naik harga saham kebelakangan ini yang mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama itu memaklumkan semua projek yang telah diumumkan, termasuk pembangunan hartanah yang sedang dilaksanakan, Pelabuhan Kontena Pintar AI serta Zon Bebas Port Dickson di Negeri Sembilan, kekal diteruskan seperti dirancang.

“Inisiatif ini terus berkembang selaras dengan pencapaian setiap peringkat kawal selia, teknikal, pembiayaan dan komersial masing-masing.

Ad Banner

“Selain itu, Tanco memberi jaminan kepada pembeli hartanah bahawa tiada pembatalan atau penangguhan mana-mana projek pembangunan susulan aktiviti dagangan pasaran semasa,” katanya.

Sementara itu, Tanco memaklumkan syarikat telah mengemukakan maklum balas terhadap pertanyaan UMA yang dikeluarkan Bursa Malaysia Securities.

“Selepas semakan sewajarnya dibuat dengan lembaga pengarah dan pemegang saham utama, syarikat mengesahkan tiada sebarang perkembangan korporat yang belum didedahkan kepada pasaran yang boleh menjelaskan corak dagangan saham kebelakangan ini,” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut syarikat itu, kejatuhan mendadak dan luar jangka harga saham baru-baru ini dilihat luar biasa memandangkan perniagaan teras, projek utama dan kontrak syarikat kekal kukuh serta tidak terjejas, selain pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan pendedahan pasaran.

Pada 8 Jun lepas, Tanco menerima pertanyaan UMA daripada Bursa Malaysia Securities selepas harga sahamnya susut 29.56 peratus atau 47 sen kepada RM1.12, dengan sebanyak 30.49 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA