Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah pada Jumaat.
Pada 9.47 pagi, kontrak September 2026 dan Disember 2026, masing-masing menurun 4.0 mata kepada 1,660.0 dan 1,665.0, Oktober 2026 merosot 5.0 mata kepada 1,658.0 dan Mac 2027 dicatatkan pada 1,653.0.
Jumlah dagangan sebanyak 12,628 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 58,428 kontrak.
Pada 9.50 pagi, FBM KLCI meningkat 0.35 mata kepada 1,672.25 daripada 1,672.31 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA