2hari lalu
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kitaran pelaburan negara dan lebihan perdagangan dijangka memberi ruang kepada ringgit untuk mengukuh pada tahun depan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kata seorang ahli ekonomi.
2hari lalu
Oleh Linda Khoo
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) ASEAN berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital serantau dan memberi akses yang lebih mudah kepada syarikat tempatan untuk menembusi pasaran ASEAN yang mempunyai lebih 680 juta pengguna, kata ahli ekonomi.
2hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menilai kemungkinan menambah baik atau melanjutkan pelaksanaan Program Suria MADANI atau SuRIA Home (Sustainable Rebate and Incentive Assistance Home) selepas tempoh pelaksanaannya berakhir pada 31 Disember, 2026.
2hari lalu
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Lebihan inventori minyak sawit Malaysia dijangka berkurangan mulai bulan ini apabila pokok kelapa sawit memasuki tempoh pengeluaran yang rendah, berpotensi menstabilkan harga minyak sawit mentah (MSM), menurut firma penyelidikan.
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mempelbagaikan pasaran eksport negara ke wilayah baharu dengan memberi tumpuan kepada rantau Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
3hari lalu
JOHOR BAHRU, 10 Nov (Bernama) -- Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDV) menyasarkan untuk membangunkan perniagaan tenusu bersepadu di Johor, merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada ladang hingga ke pengguna, melalui satu perkongsian strategik dirancang bersama Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady Malaysia).
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan Kitacon Bhd, Kitacon Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Sime Darby Property (Elmina North) Sdn Bhd untuk kerja-kerja bangunan utama termasuk bangunan sokongan yang bernilai RM54.872 juta.
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Perbandingan bulanan Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung pada Oktober 2026 mencatatkan penurunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 3.8 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 7.3 peratus kepada 31,657 tan metrik pada September 2026 berbanding 29,510 tan metrik pada Ogos 2026.
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 6.3 peratus dipacu terutamanya oleh output sektor pembuatan yang merekodkan nilai jualan berjumlah RM191.4 bilion.
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kos tinggi pinjaman serta kelulusan yang lebih ketat dijangka memberi tekanan kepada pasaran hartanah kediaman di Malaysia pada 2027, memandangkan bank akan lebih berpilih dalam membiayai pembelian hartanah, demikian menurut JLL Malaysia.
3hari lalu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 110,610 tan atau 3.15 peratus kepada 3.62 juta tan pada Oktober tahun ini daripada 3.51 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).