7jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Baki beban kewangan bersih yang ditanggung kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dianggarkan sebanyak RM20.1 bilion setelah ditolak pemulihan dana dan aset berjumlah RM31.3 bilion, dengan andaian tiada pemulihan dana dan aset tambahan pada masa hadapan.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) untuk tujuan penebusan awal sukuk pada 2027, sekali gus memperkukuh aliran tunai Lembaga Tabung Haji (LTH).
8jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi syer majikan untuk pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia merupakan kadar yang relatif rendah, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
10jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama)-- Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.
10jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, menjejaki pengukuhan niaga hadapan minyak soya di Chicago Board of Trade (CBOT), manakala anggaran eksport minyak sawit yang lebih kukuh turut menyokong sentimen pasaran.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia dalam laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026 bagi tahun ke-14 berturut-turut, di tengah-tengah pertumbuhan sembilan peratus pasaran kewangan Islam global kepada US$6.5 trilion (US$1 = RM4.07).
10jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Masa depan sektor pengangkutan perlu menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan pada masa sama menangani cabaran alam sekitar secara bertanggungjawab, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penangguhan pembayaran balik kini diperluaskan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China, baru-baru ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penyusutan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).
11jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd, menerusi konsortium melibatkan anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPMSB), meraih kontrak bernilai RM568.19 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk melaksanakan dan membina GIS Paka di Terengganu