BERITA TERKINI   ACL2: Kuching City FC 2-0 Gangwon FC | Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | 

Terdapat 27 berita berdasarkan kata kunci carian "ree"

Kerajaan Beri Fleksibiliti Moratorium Eksport REE Bagi Tarik Pelabur Berpotensi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) --  Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti dasar moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang sedia ada melalui Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan Unsur Nadir Bumi Mentah bagi menarik pelabur berpotensi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Keputusan BNM Kekalkan OPR

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, selain petunjuk positif daripada Wall Street.

Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhiri Dagangan Pagi, Saham Perbankan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini sejajar dengan kenaikan di kebanyakan pasaran serantau apabila minat belian terhadap saham wajaran tinggi perbankan menyokong pasaran tempatan menjelang keputusan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan diumumkan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Sentimen Global Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen global yang bertambah baik dan kebimbangan geopolitik yang semakin reda telah meningkatkan keyakinan pelabur.

Majlis Getah Malaysia Raih Anugerah Gold Stevie Atas Pencapaian Rangka Kerja Pengkomersialan Inovasi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) meraih Anugerah Gold Stevie pada majlis International Business Awards 2026 atas pencapaian Rangka Kerja Pengkomersialan Terselarasnya (CCF) yang membantu menterjemahkan inovasi getah Malaysia kepada produk komersial.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

Pulau Pinang Perlu Memperkasa EMS Untuk Kepelbagaian Industri dan Kompleksiti Ekonomi

GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang perlu mempergiat usaha mempelbagaikan sektor ekonominya bagi mengurangkan risiko kebergantungan tinggi terhadap industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global dan perubahan kitaran industri teknologi.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan sokongan belian baharu meningkatkan indeks petunjuk pasaran kepada zon positif.

Bursa Malaysia Catat Dagangan Tidak Menentu Pada Awal Pembukaan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Petronas, Rakan Kongsi Meterai Perjanjian 'Farm-out' Bagi Medan Gas Luar Pesisir Sarawak

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali Sdn Bhd memeterai Farm Out Agreement (FOA) dengan rakan kongsi usaha samanya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas, menjejaskan sentimen pelabur.