2jam ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.
4jam ago
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menyediakan geran berjumlah RM444.96 juta bagi memperkukuh infrastruktur bekalan air di Sabah, termasuk penggantian paip kritikal dan pelaksanaan langkah mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).
8jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM197.51 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM114.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jualan yang lebih tinggi.
11jam ago
JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14jam ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Dr Muhammad Al Jasser bagi membincangkan kerjasama semasa dan masa depan antara kedua-dua institusi itu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Grand Dynamic Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM1.017 bilion daripada Perdana ParkCity Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi ParkCity Residences di Desa ParkCity.