BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah Matang Bhd menggantung tugas ketua pegawai kewangan yang juga ketua pegawai operasinya berkuat kuasa hari ini bagi memudahkan urusan penyiasatan dalaman | 

Unit GDB Raih Kontrak RM1.017 Bilion Daripada Perdana Parkcity

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Grand Dynamic Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM1.017 bilion daripada Perdana ParkCity Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi ParkCity Residences di Desa ParkCity.

Dalam kenyataannya hari ini, kumpulan pembinaan berkenaan memaklumkan kontrak itu yang juga anugerah projek kediaman terbesar pernah diperolehnya, sekali gus meningkatkan jumlah kontrak kepada paras tertinggi RM1.81 bilion setakat ini manakala nilai perolehan kontrak dalam tangan mencecah kira-kira RM2.05 bilion dan menyumbang kepada ketampakan pendapatannya sehingga 2031.

“Projek itu merangkumi dua blok kediaman 49 hingga 63 tingkat dengan 433 unit pangsapuri, podium tujuh tingkat yang menempatkan kemudahan kediaman dan parkir serta ruang parkir bawah tanah.

Ad Banner
Ad Banner

“Pembinaan itu dijadualkan bermula pada November 2026 dan dijangka siap pada Ogos 2031,” maklum kumpulan itu.

Pengarah Eksekutif dan Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan Andy Lai Wee Young berkata Perdana ParkCity telah memberi kepercayaan kepada GDB dengan pembangunan utamanya bagi tempoh melebihi sedekad yang memaparkan keyakinan terhadap kemampuan pelaksanaan, hasil kerja kumpulan serta mengikut masa yang ditetapkan.

“Menerusi perancangan projek yang kukuh di serata Semenanjung dan Malaysia Timur, kami berada dalam kedudukan baik untuk mengekalkan prestasi dalam tahun-tahun akan datang,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA