5jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berhasrat mereformasikan pengagihan peruntukan pembangunan Persekutuan daripada pendekatan berasaskan perbelanjaan sejarah kepada model berteraskan kesaksamaan dan kecekapan peruntukan untuk merapatkan jurang produktiviti wilayah.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, My EG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan sentiasa memenuhi keutamaan projek yang dicadangkan kerajaan negeri termasuk meningkatkan peruntukan kepada kesemua negeri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
12jam ago
KUANTAN, 29 Okt (Bernama) -- Projek solar fotovolta (PV) terapung bernilai RM850 juta di Empangan Chereh dijangka mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan serta menjana tenaga elektrik bersih yang bersamaan dengan penggunaan tahunan 100,000 isi rumah.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
14jam ago
BATU KAWAN, 29 Okt (Bernama) -- Estek Automation Sdn Bhd melabur RM20 juta dalam kemudahan pembuatan baharu seluas 50,000 kaki persegi di Batu Kawan, Pulau Pinang, bagi memperluas keupayaan dalam pembuatan peralatan semikonduktor, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan kontrak.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii.
18jam ago
Oleh Zaphne Philip
KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Langkah pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong dapat mempergiat aktiviti ekonomi, meningkatkan perdagangan rentas sempadan serta menarik pelaburan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, menurut Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Berjaya Construction Bhd akan melaksanakan kerja-kerja reka bentuk dan binaan membabitkan projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis dengan anggaran kos mencecah RM1.2 bilion termasuk kos pembinaan awal sebanyak RM675 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, Okt 28 (Bernama) -- Kerajaan belum memberikan keputusan terhadap 24 permohonan baharu pusat data kerana mahu menilai kecukupan bekalan tenaga bagi menampung projek yang telah diluluskan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 80.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kilang pembuatan cakera brek karbon Safran Group di Sendayan, Negeri Sembilan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pengeluaran globalnya sekali gus mengukuhkan kepentingan operasi Malaysia dalam rangkaian pembuatan global Safran.