12jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) menawarkan Bantuan Pemulihan Banjir merangkumi pilihan penangguhan pembayaran (moratorium) sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman, pengecualian yuran dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melihat pertumbuhan sebagai lebih daripada sekadar aspirasi korporat, dengan setiap peluang perniagaan dinilai dengan teliti berdasarkan tujuan utama penubuhannya, iaitu ‘Membina dan Membela’.
1hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk sesi keempat berturut-turut, ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan merentasi pelbagai sektor sehingga menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Keperluan mengemukakan maklumat operasi pusat data, termasuk penggunaan elektrik dan jumlah cip unit pemprosesan grafik (GPU) yang dibawa masuk, akan dimasukkan dalam undang-undang bagi membolehkan kerajaan memantau operasi pusat data, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang terus berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd (EcoWorld), Eco World Capital Bhd, menerbitkan sukuk wakalah berpenarafan bernilai RM850 juta di bawah program sukuk bernilai RM3 bilion.
3hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa dengan indeks utama hanya berada di atas sedikit daripada paras 1,600, apabila jualan dalam saham wajaran tinggi berkaitan sektor perbankan dan pusat data telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.
4hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Scicom (MSC) Bhd sedang memacu pengembangan teknologi kerajaan (GovTech) pada peringkat antarabangsa, memanfaatkan model pembiayaan awam-swasta yang bertujuan membantu kerajaan sesebuah negara memodenkan keselamatan sempadan tanpa memerlukan perbelanjaan modal awal yang besar.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengarahkan Zetrix AI Bhd untuk menyelesaikan isu kegagalan pembayaran dividen akhir tahun 2025 sebelum 23 Nov 2026 dan mendedahkan maklumat penting yang berkaitan selewat-lewatnya pada 11 Nov 2026.
7hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah di tengah-tengah aktiviti penjualan meluas, menjejaki prestasi pasaran serantau yang lemah susulan tekanan baharu terhadap pasaran ekuiti global berikutan kejatuhan ketara Wall Street dalam tempoh semalaman.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.