BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong titah pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat nilai kesan pembangunan pusat data terhadap alam sekitar | PRN Melaka: 9.24 peratus pengundi keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR | PRN Melaka: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh selesai mengundi di SK Jeram, Masjid Tanah pada 8.38 pagi | PRN Melaka: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim selesai mengundi di SK Demang Hussin, Bukit Katil | PRN Melaka: Semua 240 pusat mengundi dibuka tepat 8 pagi ini, cuaca baik di seluruh negeri | 

Alliance Bank Tawar Bantuan Kepada Pelanggan, Pekerja Yang Terjejas Akibat Banjir

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) menawarkan Bantuan Pemulihan Banjir merangkumi pilihan penangguhan pembayaran (moratorium) sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman, pengecualian yuran dan caj bagi pelanggan serta perniagaan yang terjejas akibat banjir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank Kellee Kam berkata bank itu menyedari cabaran yang dihadapi pelanggan dan pekerjanya berikutan kejadian banjir baru-baru ini, dan bersedia untuk memberikan sokongan pada saat yang paling diperlukan. 

“Kami menggesa mereka yang terjejas untuk menghubungi kami bagi berbincang mengenai keadaan mereka dan sokongan yang disediakan menerusi program Bantuan Pemulihan Banjir kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ad Banner
Ad Banner

Bantuan Pemulihan Banjir Alliance Bank yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 31 Mac 2027, menawarkan kelonggaran pembayaran bagi pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam yang layak bagi pelanggan individu (pengguna), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), komersial serta korporat.

Bank tersebut turut memberi pengecualian yuran caj bagi perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku simpanan bank yang rosak atau hilang ketika banjir. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner